Bismillahi rahmanir rahim,
Alhamdulillah Matematik Tambahan Tingkatan 4 sudah masuk KSSM juga. Admin dapat rasakan bahangnya dan percikan apinya. Walau bagaimana pun, perubahan ini bukanlah suatu yang perlu dibimbangkan. Ianya patut diberi sokongan kerana pendidikan Malaysia sudah semakin ke arah perkembangan yang lebih baik dan standard.
Seperti semua sedia maklum KSSM dalam pendidikan sekolah menengah sudah mencapai tahap tingkatan 4 dan tahun depan adalah pelaksaannya dalam SPM sepenuhnya. KSSM memberi satu perubahan dan anjakan paradigma yang mapan dalam sistem pendidikan hari ini. Subjek Matematik tambahan juga berlaku sedikit perubahan. Ada beberapa bab yang telah dirombak dan disusun semula supaya ianya selaras dan bersesuaian.
Perubahan ini bukan sahaja dirasai oleh murid, tetapi juga oleh guru yang telah berpengalaman mengajar subjek ini. Walau bagaimanapun, ianya tidak sama sekali menjatuhkan semangat para pendidik, malah ianya sebagai satu titik permulaan kepada dunia pendidikan matematik tambahan.
Suka saya maklumkan di sini, admin sertakan Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tambahan tingkatan 4 untuk tatapan semua dan boleh download sekiranya perlu. Admin sangat berharap agar RPT ini sedikit sebanyak membantu rakan-rakan dan anak didik dalam mencapai kecemerlangan dalam subjek ini.

sekian terima kasih
wslm
Comments
Post a Comment