Assamualaikum wbt.
Selamat datang kepada semua pembaca. Blog ini direka khas oleh admin untuk memuatkan segala maklumat dan input berkaitan KSSM MATEMATIK sahaja. Untuk pengetahuan, admin adalah seorang guru yang berpengalaman dalam PBS sejak mula diperkenalkan.
Seperti yang semua sedia maklum mulai tahun 2017, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah diperkenalkan bagi mengganti Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sebelumnya.
Bagi subjek Matematik, ianya dimulakan dengan Tingkatan 1 sahaja. Bab-bab yang diajar sangat berbeza dengan sukatan terdahulu. Ianya disusun supaya pelajar sekolah menengah akan dapat menduduki ujian TIMSS dan PISA serta pelajar akan mudah ditaksir mengikut standard/band pencapaian mereka. Sukatan yang telah dikemas kini ini adalah hampir setanding dengan sukatan negara luar menjadikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global suatu masa nanti dalam dunia pendidikan.
Pendekatan kecerdasan hari ini, adalah sebagai satu permulaan kepada bangunnya generasi akan datang menjelang atau selepas wawasan 2020 nanti.
Sekadar itu coretan admin untuk sesi pengenalan.
Wslm
Selamat datang kepada semua pembaca. Blog ini direka khas oleh admin untuk memuatkan segala maklumat dan input berkaitan KSSM MATEMATIK sahaja. Untuk pengetahuan, admin adalah seorang guru yang berpengalaman dalam PBS sejak mula diperkenalkan.
Seperti yang semua sedia maklum mulai tahun 2017, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah diperkenalkan bagi mengganti Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sebelumnya.
Pendekatan kecerdasan hari ini, adalah sebagai satu permulaan kepada bangunnya generasi akan datang menjelang atau selepas wawasan 2020 nanti.
Sekadar itu coretan admin untuk sesi pengenalan.
Wslm
Comments
Post a Comment